Selasa, 22 Mac 2011

Sejarah PKMD Kubang Pasu

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kubang Pasu memulakan operasinya pada tahun 1974. Pada awal penubuhan tersebut, pentadbiran PKMD Kubang Pasu terletak di dalam kawasan Kompleks Lama Pejabat Daerah  Kubang Pasu yang dikongsi bersama dengan Pejabat Tanah Kubang Pasu, Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) dan Radio K3P.  


Pada tanggal 20 April 2003, ketiga-tiga agensi kerajaan negeri iaitu Pejabat Daerah Kubang Pasu, Pejabat Tanah Kubang Pasu dan Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) telah berpindah ke Kompleks Pentadbiran Daerah Kubang Pasu yang baru di Kemunting, Jitra. PKMD Kubang Pasu juga turut diarahkan untuk mengosongkan bangunan tersebut.
PKMD Kubang Pasu telah mengenalpasti sebuah bangunan kedai yang terletak berhampiran persimpangan jalan utama yang menghubungkan antara Pekan Jitra ke Kodiang. Pemilihan bangunan ini untuk dijadikan pejabat operasi yang baru disebabkan kedudukan lokasinya yang strategik.